Friday, 5 April 2013
Story 2012
Thursday, 4 April 2013
Huraikan kesan penipisan lapisan ozon ke atas alam sekitar.
Penipisan
lapisan ozon boleh menyebabkan perubahan iklim
global. Hal ini kerana kemasukan sinaran
ultra ungu yang berlebihan ke lapisan atmosfera. Sinaran ultra ungu dalam jangka pendek akan
menyebabkan pemanasan global dan menyebabkan suhu bumi menjadi terlalu panas.
Manakala dalam jangka panjang pula, kekurangan ozon akan menyebabkan haba
terbebas di angkasa dengan cepat.
Keadaan ini menjadikan bumi menjadi terlampau sejuk.
Selain itu,
penipisan ozon akan mengakibatkan kenaikan aras
laut. Kemasukan sinar ultra ungu
dan peningkatan suhu global mampu mencairkan ais di kutub. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan aras
laut dan menenggelamkan kawasan yang rendah serta meningkatkan kadar hakisan ke
kawasan pinggir pantai.
Kesan lain
dalam masalah penipisan ozon termasuklah mengganggu
ekosistem hidupan akuatik. Sinaran
ultra unggu yang melebihi matahari akan menyebabkan kegagalan proses
fotosintesis berlaku. Ini bermaksud
plankton tidak terhasil. Kegagalan
menghasilkan plankton akan menyebabkan rantai makanan terputus dan dalam jangka panjang hidupan ini
akan mati.
Seterusnya, kadar luluhawa akan meningkat. Peningkatan suhu dunia akan memangkin
peningkatan berlaku luluhawa fizikal.
Luluhawa fizikal seperti pengembangan dan pengecutan serta penghabluran
di kawasan gurun panas akan menjadi sangat aktif. Proses pemecahan dan peleraian batuan
terutama di kawasan gurun akan berlaku dengan giat.
Akhir sekali,
akan berlaku peningkatan kejadian ribut dan banjir
besar. Pemanasan global yang berlaku akibat penipisan lapisan ozon akan
menyebabkan kadar sejatan ke atas badan-badan air turut meningkat. Hasilnya, banyak wap air yang akan di sejat
ke atmosfera lalu membentuk gumpalan awan yang banyak dan seterusnya
menghasilkan hujan yang lebat.
++ guys,,ini cuma contoh ++
Subscribe to:
Posts (Atom)